Technorati Tags: dreamgirls, malaysia, model, hot, girl

by: Nor Akmar Samudin

DEMI memberi pembaharuan terhadap mereka yang gemar melayari laman web, Capxion Media Sdn Bhd, melahirkan idea mencungkil bakat model baru di negara ini yang disiarkan sepenuhnya di laman web khas.

Pengurus Program syarikat itu, Edmund Chaw berkata, rancangan berbentuk realiti itu akan mencari bakat peragawati terbaik di Malaysia menerusi program yang dinamakan Malaysian Dreamgirl.

“Setiap minggu, dua episod program itu yang setiap satunya sepanjang 30 minit akan ditayangkan mulai Mac hingga Mei. Untuk menyaksikannya, orang ramai boleh melayari laman web, www.malaysian dreamgirl.tv.

“Mereka boleh melayarinya secara percuma. Hanya 12 peserta terpilih untuk melalui frasa kehidupan sebagai model selama 10 minggu. Siri ini tidak akan disiarkan di televisyen tetapi beberapa klip videonya boleh didapati menerusi rangkaian telefon bimbit 3G.

“Saya yakin program pertama seumpama ini akan mendapat sambutan ramai kerana masyarakat sekarang terutama golongan muda gemar melayari Internet. Apa lagi program berbentuk realiti.

“Jadi selepas ini kami merancang memperkenalkan konsep sama pada peringkat Asia pula,” katanya.

Tambah Chaw, mereka yang berminat boleh menghadiri uji bakat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini dan esok.

Program itu bakal diacarakan Sazzy Falak. Manakala barisan juri pula, Elaine Daly, penulis blog, Kenny Sia dan perunding imej, Lim Jimmy.

Juri hanya berperanan mengkritik penampilan peserta tetapi keputusan siapa yang bakal bergelar juara akan ditentukan 100 peratus menerusi undian SMS.

Semua peserta ditempatkan dalam satu rumah di mana mereka akan menjalani aktiviti penggambaran, kelas solekan, diajar cara bergaya, berjalan di pentas peragaan, mendalami dunia fesyen, belajar mengacara dan berlakon.

“Kritikan juri mampu mempengaruhi keputusan orang ramai. Setiap minggu seorang peserta akan terkeluar sehingga tinggal seorang untuk membawa balik gelaran Malaysian Dreamgirl yang pertama,” katanya.

Pemenang akan menerima kereta Nissan Latio 1.8Ti (A), RM10,000 kad pra-bayar Ambank NexG MasterCard, hamper Wella Profesionals bernilai RM3,000, minyak wangi Escada bernilai RM1,000, pakaian Bebe dan kasut Nose bernilai RM1,500 serta menjadi gadis gambar kulit majalah NewMan.

594 total views, 3 views today

%d bloggers like this: